Saturday, November 3, 2012

Untunglah dah boleh nikoh

Assalamualaikum ..


Alhamdulillah program dah selesai cuma laporan je masih tertangguh atas sebab yang tak dapat dielakkan . Untuk minggu ni bercuti sekejap , nak merehatkan badan sikit . Nanti akhir bulan November ,ada lagi program yang bakal menjengah . Naaaa ,bukan tu yang cheq nak habaq mai .


Baby blue dalam gambar belah kanan ni dilahirkan pada 2 November 1992 ,
jam 6 .++ pagi ,katenyer lah . 
Maknanya sekarang ni ikut tarikh naz terlambat post ,3 November , baby blue ni dah berumur 20 tahun 1 hari 8 jam dan berapa minit ntahnye . 
Dia kata dengan mak dia dah boleh nikoh dah sebab umur dah doploh . ohoiiii untunglaaaa baby blue.
Opssss sebelum terlupa , baby blue ni juga roomate naz . 
Sanah Helwah my sayangsss aka adik :)

Friday, September 21, 2012

Sanah Helwah

Assalamualaikum ...
Salam Malam Jumaat . Jam pukul 2.30 am ni . Tak tidur lagi , ramai meneman nih .
Dah dekat tiga bulan lebih berhadapan dengan macam-2 ragam semua orang . Esok bakal penentu hasil kerja kami semua .
Mohon semua Crew Matemadesa dapat buat terbaik dan enjoy :)

Apa yang nak cakap hari ni , Sanah Helwah ya ukhti , Nur Aisyah Mohamed Daud :)
May Allah bless your entire life .Hope our family relation can be longer lasting . Aamiin , InsyaAllah .Semoga kehidupan enti lebih bermakna tak kira dalam pelajaran mahupun selainnya .
Eh skemanya saye . Apapun love you along :)
-Kami semua sayang Along yang tak meriah ni -:p


Friday, August 24, 2012

Syawal 1433

Assalamualaikum ...

ehhhhhhh dah masuk syawal ke-6 la lepas azan maghrib semalam .
Kejap je kan . Puasa enam belum mula lagi . Haishh .
Syawal kali ni lebih bermakna buat naz sebab Ramadhan kali ni banyak buat naz tersenyum,menangis,bersendirian menghadapNya .
Eh , try la menghadap Dia lama-2 , confirm best dari menghadap encik pakwe .muehehe .
Errr,malas nak cerita panjang , da pukul 4 pagi ni .
Nanti ayah tau anak dia tak tidur lagi , parah i nanti :DDD
Taqobbalallahu minna wa minkum . Semoga Ukhuwah makin erat ye my sedare se Islam semua :)



Raya pertama di Pontian...

Bersama kazen yang tak berapa comel :D

Pakcik Makcik di Kota Tinggi :)

Raya kedua di Kota Tinggi ...

Kawan pertama yang datang beraya .uehehe

Beza umur 7 tahun tapi sama tinggi -.-

ini pon ,beza umur 6 tahun tapi dia lagi tinggi :(


Okey , Adiossss . Selamat hari Jumaat ^_^

Thursday, August 9, 2012

Antara Ayah dan si dia


Kali ni , aku hanya nak memindahkan apa yang aku  perhati ke pena penulisan di tempat bersawang ini . Entry ini bukan untuk menunjukkan aku ni baik atau ustazah . Ditekankan ,hanya perhatian dan pandangan dari mata kecil aku .


1 ) Minta izin ayah atau si dia ?
Percaya tak , hampir majoriti pasangan  kekasih akan minta izin kekasih bukan halalnya berbanding ayah  nya untuk ke mana-mana .
Lupakah kita , yang tanggung dosa kita bukan kekasih bukan halal kita ?

2 ) Dengar nasihat ayah  atau si dia ?
Bilamana si dia cakap “awak cantik dengan bertudung” atau  suatu ayat berbentukk nasihat , si gadis terus pakai tudung litup comel molek benor . Cuba kalau ayah cakap “ cantik anak ayah kalau menutup aurat “ . Ada si gadis endahkan ?
Seolah si dia yang menanggung dosa si gadis bila dia tak menutup auratnya.

3 ) Ambil hati ayah atau si dia ?
Kalau si dia merajuk , kemain lagi cuba susun ayat , beli itu dan ini untuk pujuk sampai dia okey .Kalau ayah merajuk ? Mengikut pandangan aku , kebanyakannya hanya biarkan ayah okey sendiri dan buat seperti takde apa berlaku .
Hati kecil ayah atau si dia yang sebenarnya perlu dijaga ?

4) Minta redha ayah atau si dia ?
Bila nak exam , nak interview  atau nak buat sesuatu , kebanyakannya mesti call encik pakwe untuk mintak  kononnya bless . oh myyyy .
Kenapa bukan ayah  menjadi yang pertama di minta redha dan restunya ?

5) Memuji ayah atau si dia ?
Seriously , jarang yang akan memuji ayah sama ada hensem , awesome , rajin or else berbanding dengan memuji si dia . Biasanya , pujian itu semua diberi untuk si dia untuk menguatkan rasa cinta kononnya mungkin .
Sebenarnya siapa yang paling  layak menerima pujian setelah memerah keringat untuk membesarkan kita ?

Sejujurnya , aku bukan orang baik-baik untuk merungkai ini semua . Ini hanya pendapat dan pandangan sahaja . Kemungkinan ada antara kita yang sedang membaca pernah berada dalam situasi di atas . So then , kita punya akal untuk muhasabah diri sebentar .Jangan biar sampai ayah sudah takde di Bumi Allah ini , baru hendak berubah .

p/s : ditujukan khas untuk diri sendiri juga J

Sunday, July 29, 2012

Hilang sudah angka 1 di depan

Assalamualaikum...

       Jam dah menunjukkan pukul 12:16 am . Errr , sebenarnya dah janji nak tidur awal hari ni , takpe lah demi cik manis seorang ni , naz stay up . Bukan nye lama pun nak menaip kan . Kasi halau sawang-sawang sikit , lepas tu menaip , haaaa ,siap kan ^^,

       Pada 29 Julai 1992 , seorang cik adik manis , masam , tawar , kelat , pahit , semua lahhh , telah selamat dilahirkan di ****** (dirahsiakan sebab tak tau) XD  . Dia ni menjadi kawan jatuh bangun , ketawa menangis , kawan bergosip , kawan yang rajin memberi tazkirah yang sedap telinga mendengar dan kawan berjimba naz sepanjang di UTM nih . Almost congrates untuk cik Nurfarhana Bte Azmi yang berjaya menghilangkan angka "1" di depan umurnya dari 19 menjadi 20 . kehkehkeh . Selamat tambah umur ye kawan . Love you muchhhhhhh :) Takde apa nak bagi , just boleh sampaikan kaki je dari sini .hee ~ nanti naik sem tunggu prank ye , jangan ingat lepas tau cuti-cuti nih :D

Nak letak gambar dia , tak berani , sebab dia Wanita yang Mahal nilainya :)

p/s : kejap je dah masuk 9 ramadhan . Semoga 8 ramadhan yang lepas,amalan kita diberkatiNya ^^,

Thursday, July 19, 2012

30 syaaban

Assalamualaikum ...

30 Syaaban bersamaan 20 Julai merupakan tarikh yang dinantikan oleh semua umat Islam untuk mempersiapkan diri melangkah ke 1 Ramadhan . Tapi , tarikh ni ada hari istimewa bagi orang lain . Nak tau siapa ? Meyh looking-looking,liking-liking depa ni . Jangan nak poking- poking pulak :D

Pertama nya , lelaki ini dilahirkan pada 20 Julai 1988 . Dia sangat psycho orangnya .Kalau jenis naz , yang tak boleh di sycho , selalu terlepas cakap . Habis bocor semua rahsia :D  Dia juga merangkap abang untuk naz . Dia menjadi pendengar cerita , pemudah cara bagi masalah , dia juga penghibur bila naz down . Perkenalan yang singkat , baru je rapat , tapi karakter dia yang sangat mengambil berat tentang adik-adik dia , buat naz selesa berada dekat dengan dia . Naaaa , itulah dia abg Mohd Rustam Mohd Rameli . Happy Birthday abg . Semoga Allah sentiasa berada dengan abg walau apa pun yang sedang abg buat :)


Keduanya , haaaa dia ni dah berapa kali masuk kat entry sebelum-sebelum ni . Tarikh lahir dia 20 Julai 1992 . Sebaya dengan naz , tapi dia lagi matang . Kematangan dia jauh benaw bezanya dengan naz :)
Lately dia agak busy dengan apa ntah , merajuk 5 minit dengan dia sebab jarang contact dah . Tapi takpe , for sure raya ni dia datang rumah lagi , kali ni dia wajib datang bawak duit raya untuk naz . hehe . Walau macam mana pun , dia masih kawan naz terbaik , dia jugak tempat naz bercerita , ber gosipping , nak lepaskan marah , semua boleh dekat dia :D 
Okey then , thanks untuk semua itu ye Mohd Fakhri Borhan . Happy Birthday untuk awak :)


Mintak maaf sebab buat entry terlalu awal dan amek gambar tak mintak izin . Sebab esok dah mula busy nak buat itu ini . Semangat nak sambut Ramadhan tu lebih . hehe . semoga keduanya lebih diberkati untuk usia yang mendatang . Aamiin :) 

Wednesday, July 18, 2012

Bumi Kelantan

Assalamualaikum . 

Lagi berapa hari kita nak menyambut bulan ramadhan kan . So sesiapa yang belum ganti tu , cepat-cepat lah sedar ye :)
Ikut tajuk entry kali ni , aku nak berkongsi cerita tentang lawatan sambil belajar aku ke bumi kelantan .
Guess kenapa aku kata lawatan sambil belajar . Haaa, sebab dia , aku pergi Kelantan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang Kelantan .
Maklumlah , orang kata aku ni kurang ilmu bab pengetahuan umum . sadis T.T

First sampai aku di sana , aku disambut baik oleh family roomate aku ,Nurhafiqah Abd Wahab .
Naa , first impression tentang orang Kelantan dah menggambarkan semuanya . 
Memang sangat baik penduduk sana .
Paling baik bila aku bershopping , aku dapat diskaun disebabkan proses tawar menawar mak roomate aku .
Thanks mommy . hikhik .

Dekat sana , aku belajar makan makanan dia contohnya kerabu, sebut nama makanan contoh dia lokching, pergi tempat2 femes macam pasar siti khadijahdengan PCB . 
Fuhhhh , dekat sana jugak aku dapat jumpa my soulmate , Cik Nur Syuhada dekat USM dengan family tercinta dia .
Dah puas berjalan , menghabiskan duit , aku balik johor la kan . Takkan nak lama2 dekat rumah org . Habis beras diorang parah aku nanti . 
Okey , dah tu je , malas nak share banyak2 . Hak ni jom tengok gambar aku dekat sana :)














haaaa , dah habis pusing kepala ? saje nak bagi exercise sikit kepala tu . okies , nak makan kepsi . ada org bawak . byeeee :)