Hari ni balik Pontian jap jengah Tokmak . Satgi boleh lak ramai pakcik makcik balik saing ,meriah habis kampung . Balik dari kampung terus singgah kedai cari bekas muffin .Susahnye nak jumpa .haihh . Hari ni last mencuba sebelum balik UTM . Resipi ni akak yang bagi ,tak tau lah dia amek dari mana ,katanya dari Shaidati Nur . Kalau tengok betul2, ni resipi kek coklat yang Tokmak penah ajar , tapi Naz jadikan dia ala-ala muffin gitu . Banyak naz ubah resipi ni . Ikut kretiviti sendiri lah kan . Nama sebenar muffin ni kek coklat nestum kukus . hehe
Kek coklat nestum kukus
Bahan A
2cwn tpg gandum
4sudu bsar serbuk koko
1sudu kcil soda bikabonat
Bahan B
2 bj telur
1cwn gula
1cwn minyak
1cwn air
1cwn susu pekat
Bahan C
4sudu bsar nestum *Naz tukar kepada hirisan Coklat Masakan
Cara-cara :
1.Bahan A di ayak sebati, pastu tepikan.
2.Bahan B blander semua bg sebati. *Campur je semua sekali arung
3.Kemudian campurkan Bahan A.
4.Sebatikan , tmbh Bahan C , gaul bg rata. *Disebabkan Naz guna coklat masakan , naz blander coklat dgn bahan B sekali kat step no 2
5.Panaskan kukus smp didih,ltak bhn td dlm cup or acuan lain,tabur manik atau ape2 kukus dlm 15mnt ,dah siap ! :D
Kalau guna acuan muffin 2 1/2 inch atau 3 inch, boleh dpt 25pcs |
0 comments:
Post a Comment