Monday, December 8, 2014

Bella dah pergi

Bella dah takde....

          Pagi-pagi bangun tengok bella, bella dah keras. Malam sebelum tu mommy tengok awak nazak macam tu sampai 3.00 pagi. Mommy tidur 3.00 pagi tu dengan harapan awak masih ada esok hari. Tapi lain yang jadi. Awak saja taknak mommy sedih kan, awak pergi time mommy tidur. Mommy jaga awak tiga hari je. Mommy dah siapkan kelengkapan awak dah sebab ingat nak bela awak sampai sihat dan besar. takpelah, dah tiba masanya. Dari awak merana tahan sakit, mommy redha dengan pemergian awak Bella. 

          Pagi tu lepas subuh mommy and mommy2 lain tolong galikan kubur awak. Mommy2 tanam awak belakang blok je. Moga awak jumpa kawan awak yang mati kene langgar haritu ye kat sana. Doakan mommy2 dapat jumpa awak kat sana satu hari nanti (':



Saturday, December 6, 2014

Cepat sembuh kucing ku !

          Bella, anak kucing yang aku jumpa dekat arked Meranti UTM. First tengok bila habis makan nak tunggu bas balik bilik. Time tu ada mamat junior baik hati bagi awak makan. Tapi awak taknak. Awak nampak tak larat sangat. Badan awak basah, kering nampak tulang. Diorang kata awak baru jatuh longkang. Mana mak awak bella. Aku tak berani amek sbab fikir kos nak bela. Kejam kan. Hmm

          Esoknye cari balik kat meranti dah tak jumpa dah. Tapi hari ketiga lepas makan, kitorang jumpa awak tersorok kat dalam penyodok sampah. Tak sampai hati terus amek kotak tak guna kat situ angkut awak bawak balik bilik.

Awak mengiau kuat. Bagi makan, susu, lepas tu mandikan, keringkan. Suka tengok awak makan even perlahan sebab mulut awak luka. Hari kedua mcm tu jugak rutin. Tapi hari ketiga, kaki tamgan n kepala awak makin tak larat, terkulai je. Makan taknak, susu taknak, kencing berak semua atas tempat tidur. awak senyap je. Lepas mandi, awak ketingkan badan lepas tu awak terus tak larat nak jalan. Awak jalan pon macam hempas2 kaki awak sebab tak larat sgt. Awak nafas kuat sangat. Awak tersentak2. Mommy tak sampai hati tengok awak. Mommy bagi jugak susu. Awak elak, awak taknak. Bila awak tertelan susu awak menggelupur mcm sakit susu tu lalu tekak awak. Mommy nangis tau. Kenapa la kejap sangat awak elok.

          Esok mommy and mommy2 lain nak bawak awak g veterina. Moga panjang umur awak. Moga awak kuat, sihat, membesar and boleh main2 dengan Blacky nanti ye. Mommy sayang awak. Berrtahan ye Bella sayang (':

Friday, October 24, 2014

Short Trip to Ho Chi Minh City

Now is cuti midsem. Seminggu je kot. Psm da menunggu, proofreading dah menunggu, test pon da menunggu. Apa pon, sebab da book travel agency nak ke Ho Chi Minh City, yang menunggu tu semua aku tolak tepi.
Muslim Tour to Ho Chi Minh City selama 4h 3m bersama Sham Discover The World ni aku boleh bagi 4 1/2 bintang. Kalau 5 macam tipu sangat ye dak. Tapi memang awesome under diorang ni sebab agent yang ikut muda belaka, so diorang faham kehendak kitorang kot.

18 okt 2014

Start journey to Klia2

19 okt 2014
Duk gelandangan and window shopping kat Klia2, subuh kejap, sampai la kul 9 gitu. Kul 9 kitorang start check-in luggage, imigresen check, cabbing luggage check, bla2 sampai la duk tunggu calling flight. Flight kul 11.15 am, duk melagha jap kat gate P7. Bila gate calling trip kitorang, so masuk ler flight. Flight ni aku dapat seat primeum 3A. 
First experience naik flight ke oversea, seronok sangat sampai nak amek video pastu kene tegur dengan stewardess dia sebab time nak depart fon kene off kan. Lol . 
Sampai kat Tan so Nhant airport ataupon, international name dia Saigon Airport jam 1.30 waktu Malaysia (12.30 waktu Vietnam), Sham, Razi and Dep( tour guide Vietnam) sambut kitorang. Kat sana kitorang naik travel bus sendiri kira private lah tak campur dengan trip lain. Lepas short brief, Dep bawak kitorang lunch kat Kampung Melayu Halal Restaurant Vietnam. Memang masakan orang Malaysia je lah kat situ. Lepas makan tu, Dep bawak kitorang Check-in kat Hotel Hoang Hai Long2. Satu bilik dua orang. besar hoi bilik dia. Aku assume sebab trip ni ramai perempuan, ingatnye dorang sumbatkan semua satu bilik rupenye dua orang satu bilik. Heaven sungguh.Lepas check-in Dep bagi jalan2 dekat Ben Thanh Market. Pasar tu pulak dekat dengan hotel, memang lagi heaven sebab yang pergi ni ramai perempuan, kaki shopping. krikk krikk. Dalam kul 8 malam, kitorang dibawa ke Saigon Seri Penang Restaurant, again , masakan Malaysia lagi. haha. Lepas makan Dep bagi kitorang shopping lagi. Dalam 6 lbih petang kat vietnam da gelap dah, peniaga kat pasar tu semua tarik kedai dorang untuk meniaga kat tepi2 jalan pulak, kira ala2 bazar karat la. aku tabik cara dorang survive untuk hidup. Dorang rajin sungguh kerja.  So lepas makan kitorang sambung cuci mata dekat kedai2 luar tu pulak. Makin lewat malam, makin ramai la orang Malaysia yang aku nampak keluar dari hotel untuk shopping. So malam tu habis dengan shopping aje. hoho


20 okt 2014
Dalam 4.30 pagi memasing dah bangun tapi untuk tutup jam je lah. kitorang bangun betul2 bangun dalam kul 6. Lepas solat, siap2 and turun breakfast. Dalam kul 8.30 Dep sampai and ajak kitorang mulakan perjalanan melawat tempat sekitar Ho Chi Minh City tu. Tempat pertama, Reunification Palace, Ho Chi Minh City, tempat ni dah diubah seleps dibom pada zaman pemerintahan French. Tempat kedua muzium perang yang dinamakan War Remnants Museum, . Tempat ketiga Pejabat Pos, Central Post Office yang direka semasa pemerintahan French so reka bentuk dia unik sikit sebab direka oleh French Architect dan masih beroperasi sebagai pejabat pos sekaligus sebagai tempat lawatan pelancong. Seterusnya kedai kopi yang terbaik di Vietnam. Lepas tu ada dinner kul 8 di Seri Penang Restaurant and macam biasa dilepaskan untuk shopping lagi sekali. krikk krikk. Kitorang tak shopping malam tu, kitorang decide untuk ambil angin malam di vietnam. Masing2 memberanikan diri berjalan malam di negara orang dengan keadaan lalulintas dorang yang superb busy. Kalau nak lintas kat vietnam, jangan berlari, jalan je pelan2 macam biasa, nanti dorang akan elak sendiri. So no worrries. Kitorang pusing2 and stay kat persisiran laut Vietnam tengok keadaan malam and jalan kat situ. So, around 10++ pm, weols balik bilik merehatkan diri.

21 okt 2014
Macam biasa, bangun 4.30 pagi untuk tutup jam then bangun semula around 6 am untuk subuh then siapkan diri lepas tu turun breakfast. Dalam 8.30 am, Dep dah tunggu dengan driver bas. kitorang menghala ke Chu Chi Tunnel. Perjalan ambil masa 2 jam. So ada yg tidur ada yang duk borak ada yang duk kacau org tidur. lol.Sampai je situ, Dep bawak jalan2 and terangkan serba sedikit jalan cerita tunnel tu. Diberi kesempatan masuk ke tunnel dan juga lubang tempat persembunyian askar2 vietnam dulu. Kata Razi, macam tu la gelapnya bila kat kubur nanti,bahkan lebih takut lagi. huhu. Then, lepas dua jam pusing2 tunnel, kitorang dihidangkan ubi kayu rebus cicah kacang tanah and teh panas. Lepas tu perjalan pulang ke hotel bermula. sampai je hotel, masing2 rehat, solat and then keluar shopping semula pada pukul 5.30 petang. Dah habis shopping, habis duit, masing2 balik bilik. Jam 8malam, sesi Maggie Talk bermula. Maggie Talk ni travel agency sham dgn razi je buat. Talk ni cara dia, sambil makan Maggie sambil cerita pasal hantu. Bange nye kerja kan. lepas cerita hantu berduyun, masing2 tidur satu bilik kecuali sang lelaki lah. cari kerja, sape suruh kan. haha..

22 okt 2014
bangun siapkan diri, kul 6 turun ke lobi untuk check-out bilik. Then mula perjalan ke airport. Tiket flight balik jam 8.35 pagi. Sampai Klia2 jam 10.35 waktu vietnam / 11.35 waktu malaysia.



Reunification Palace, Ho Chi Minh City

Chu Chi Tunnel

Seri Penang Restaurant

Saigon Central Mosque

Central Post Office

Overall of the trip


Alhamdulillah, perjalan yang ringkas tapi seriously seronok sangat. Yang rasa nak buat trip Musim Tour ke mana je, boleh lah pakai travel agency yang aku guna ni IG : @shamdicovertheworld. FB : Sham Discover The World.