Sunday, July 29, 2012

Hilang sudah angka 1 di depan

Assalamualaikum...

       Jam dah menunjukkan pukul 12:16 am . Errr , sebenarnya dah janji nak tidur awal hari ni , takpe lah demi cik manis seorang ni , naz stay up . Bukan nye lama pun nak menaip kan . Kasi halau sawang-sawang sikit , lepas tu menaip , haaaa ,siap kan ^^,

       Pada 29 Julai 1992 , seorang cik adik manis , masam , tawar , kelat , pahit , semua lahhh , telah selamat dilahirkan di ****** (dirahsiakan sebab tak tau) XD  . Dia ni menjadi kawan jatuh bangun , ketawa menangis , kawan bergosip , kawan yang rajin memberi tazkirah yang sedap telinga mendengar dan kawan berjimba naz sepanjang di UTM nih . Almost congrates untuk cik Nurfarhana Bte Azmi yang berjaya menghilangkan angka "1" di depan umurnya dari 19 menjadi 20 . kehkehkeh . Selamat tambah umur ye kawan . Love you muchhhhhhh :) Takde apa nak bagi , just boleh sampaikan kaki je dari sini .hee ~ nanti naik sem tunggu prank ye , jangan ingat lepas tau cuti-cuti nih :D

Nak letak gambar dia , tak berani , sebab dia Wanita yang Mahal nilainya :)

p/s : kejap je dah masuk 9 ramadhan . Semoga 8 ramadhan yang lepas,amalan kita diberkatiNya ^^,

Thursday, July 19, 2012

30 syaaban

Assalamualaikum ...

30 Syaaban bersamaan 20 Julai merupakan tarikh yang dinantikan oleh semua umat Islam untuk mempersiapkan diri melangkah ke 1 Ramadhan . Tapi , tarikh ni ada hari istimewa bagi orang lain . Nak tau siapa ? Meyh looking-looking,liking-liking depa ni . Jangan nak poking- poking pulak :D

Pertama nya , lelaki ini dilahirkan pada 20 Julai 1988 . Dia sangat psycho orangnya .Kalau jenis naz , yang tak boleh di sycho , selalu terlepas cakap . Habis bocor semua rahsia :D  Dia juga merangkap abang untuk naz . Dia menjadi pendengar cerita , pemudah cara bagi masalah , dia juga penghibur bila naz down . Perkenalan yang singkat , baru je rapat , tapi karakter dia yang sangat mengambil berat tentang adik-adik dia , buat naz selesa berada dekat dengan dia . Naaaa , itulah dia abg Mohd Rustam Mohd Rameli . Happy Birthday abg . Semoga Allah sentiasa berada dengan abg walau apa pun yang sedang abg buat :)


Keduanya , haaaa dia ni dah berapa kali masuk kat entry sebelum-sebelum ni . Tarikh lahir dia 20 Julai 1992 . Sebaya dengan naz , tapi dia lagi matang . Kematangan dia jauh benaw bezanya dengan naz :)
Lately dia agak busy dengan apa ntah , merajuk 5 minit dengan dia sebab jarang contact dah . Tapi takpe , for sure raya ni dia datang rumah lagi , kali ni dia wajib datang bawak duit raya untuk naz . hehe . Walau macam mana pun , dia masih kawan naz terbaik , dia jugak tempat naz bercerita , ber gosipping , nak lepaskan marah , semua boleh dekat dia :D 
Okey then , thanks untuk semua itu ye Mohd Fakhri Borhan . Happy Birthday untuk awak :)


Mintak maaf sebab buat entry terlalu awal dan amek gambar tak mintak izin . Sebab esok dah mula busy nak buat itu ini . Semangat nak sambut Ramadhan tu lebih . hehe . semoga keduanya lebih diberkati untuk usia yang mendatang . Aamiin :) 

Wednesday, July 18, 2012

Bumi Kelantan

Assalamualaikum . 

Lagi berapa hari kita nak menyambut bulan ramadhan kan . So sesiapa yang belum ganti tu , cepat-cepat lah sedar ye :)
Ikut tajuk entry kali ni , aku nak berkongsi cerita tentang lawatan sambil belajar aku ke bumi kelantan .
Guess kenapa aku kata lawatan sambil belajar . Haaa, sebab dia , aku pergi Kelantan untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang Kelantan .
Maklumlah , orang kata aku ni kurang ilmu bab pengetahuan umum . sadis T.T

First sampai aku di sana , aku disambut baik oleh family roomate aku ,Nurhafiqah Abd Wahab .
Naa , first impression tentang orang Kelantan dah menggambarkan semuanya . 
Memang sangat baik penduduk sana .
Paling baik bila aku bershopping , aku dapat diskaun disebabkan proses tawar menawar mak roomate aku .
Thanks mommy . hikhik .

Dekat sana , aku belajar makan makanan dia contohnya kerabu, sebut nama makanan contoh dia lokching, pergi tempat2 femes macam pasar siti khadijahdengan PCB . 
Fuhhhh , dekat sana jugak aku dapat jumpa my soulmate , Cik Nur Syuhada dekat USM dengan family tercinta dia .
Dah puas berjalan , menghabiskan duit , aku balik johor la kan . Takkan nak lama2 dekat rumah org . Habis beras diorang parah aku nanti . 
Okey , dah tu je , malas nak share banyak2 . Hak ni jom tengok gambar aku dekat sana :)














haaaa , dah habis pusing kepala ? saje nak bagi exercise sikit kepala tu . okies , nak makan kepsi . ada org bawak . byeeee :)