Monday, July 4, 2011

pergi jua

Tempat kerja

Jam menunjukkan pukul 10.00 malam
"lagi dua jam ni nak balik .bosan seyh" *detik hati
zzzzttt zzzzttt .ceh ,handphone aku vibrate . Tengok screen phone 'call from ibu'.
"dah nape ibu call ni "

ibu :dik ,mintak sir balik cepat ,atok dah nazak
aku : .................*terdiam
ibu :dik !
aku :oke bu

pap,aku end call.

jam 10.30 ,wira kakak sampai di depan phd tun aminah .

Dalam kereta

Sunyi sepi .semua melayan perasaan .
Aku bingung lagi .Aku masih speechless .

Hospital Kota Tinggi

Selepas mencium tangan pakcik makcik aku terus mencari surau*masih dalam keadaan bingung
Aku jalan terus ikut signboard surau hospital.
Terus ..terus..terus..dan terus ..
Jauhnya ,jalan makin gelap,takde orang,nurse mahupun doktor.
Yes,aku nampak tanda arah surau menunjukkan belok ke kanan.
Toleh kanan ,errrrrrr .Kenapa hutan ?
Oke,zasssss,aku dengan adik aku menjadi splinter terhebat malam tuh.

Wad kecemasan

Aku menanti waktu aku nak masuk wad tengok nenek (dipanggil atok) .
Sampai turn aku ,masuk ,terus menuju ke katil atok .
Ya Allah !!Subhanallah !!Atok da nazak .Terus terasa mata aku makin panas .
Tak lama kemudian,atok dipindahkan ke wad biasa .
Faham jelah kalau dah nazak dan dipindahkan ke wad biasa.

Wad biasa

Aku mewakilkan diri menjaga atok aku malam tuh .
Nurse tanya aku ,doktor dah bincang dengan anak2 dia belum .
Aku ni cucu lah weyh .Oke then ,aku keluar tanya ibu .
Ibu cakap ,doktor nak mintak anak2 dia sign satu surat tuh .Kalau dah sign ,bantuan oksigen dia akan dibuka.
Selepas tuh ,atok boleh bertahan kejap atau terus pergi.
Anak2nya masih menunggu menantu (ayah dan pakngah aku)  yang baru bergegas pulang dari kerja.
Aku masuk wad semula .Membacakan yaasin dan tak putus membisikkan syahadah di telinganya .
Aku perasan ,mulutnya cuba mengikut ayat syahadah tersebut .
Matanya yang sebelum ini kearah atas,kini mula turun sayu kearah kanan iaitu kearah aku.
Air matanya mula mengalir.
Sayu aku dibuatnya .Air matanya aku sapu,aku terus membisikkan kalimah syahadah ketelinganya.

Jam menunjukkan 1.38pagi .Ayah dan pakngah sampai di wad.
Aku menoleh ,memberikan senyuman sebagai menyambut kedatangan mereka.
Selepas itu ,aku menoleh kearah atok semula.
Tiada turun naik nafas,tiada bunyi nafas yang sukar ditarik kedengaran lagi .
Tiada airmata yang mengalir lagi .

Keadaan menjadi huru hara dengan sekumpulan doktor dan nurse yang cuba menyelamatkan nyawa dia lagi .

Jam 2.20pagi pada tarikh 22jun 2011 ,di usia 69 tahun ..............Hajah Ramlah bte Abd Rahman pergi meninggalkan keluarga,harta,dan segala-galanya dengan hanya membawa amalan dan pahala,dia pergi bertemu Maha Penciptanya.

Tanpa rasa malu ,aku meneruskan tangisan sayu dan redha aku dengan kepergiannya .
Arwah menghembuskan nafas terakhir disisi aku .
Pada hari menyempurnakan jenazah arwah ,aku memandikan dan membantu mengkhafankan jenazah arwah .
Itu  jasa terakhir aku ketika arwah masih di dunia ini .Alhamdulillah .....
Aku hanya mampu menyedekahkan Al-fatihah dan yaasin untuk bekalan arwah dialam barunya.

Al-Fatihah untuk arwah .Semoga arwah ditempatkan bersama golongan mukminat .Amin ....

8 comments:

husnakhairuddin said...

innalillah hiwainalillah hirojiun...setiap yg hidup pasti akan kembali padaNya..sabar ea naz...

mocha~ said...

be strong naz.. :')

Tira said...

takziah weh. :') semoga arwah ditempatkan dalam golongan yg dirahmatiNya.

belog saya a.k.a naz said...

@husnakhairuddin

terima kasih husna :)

belog saya a.k.a naz said...

@mocha~

oke babe:)

belog saya a.k.a naz said...

@Tira

amin ...

.aish. said...

takziah babe.
semuga roh di tempatkan dlm golongan yang diredhai dan dirahmati.

be strong :')

belog saya a.k.a naz said...

@.aish.

amin :))
mudah mudahan :)